11 November 2023

PERLU RAWATAN JANTUNG SEGERA - NAS AHMAD AKUI RINDU BEKERJA DI DUNIA PENYIARAN



"Saya mudah mengah kalau nak menapak jauh sangat, tak sampai 100 meter pun dah penat disebabkan satu saluran di jantung yang tersumbat. Nak berjalan 100 meter pun saya mengah… penglihatan kini semakin kabur.
"Kena banyak berehat, itu menyebabkan saya tak boleh bekerja seperti sedia kala. Saya rindu nak bekerja, nak keluar shooting nak bantu bela nasib industri.

"Dahulu saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Tiba-tiba zero income dan kini jadi asnaf. Jadi saya serahkan kepada rezeki.

Demikian kata bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad yang popular dengan tagline 'terjah' menerusi program Galaksi terbitan TV9 suatu ketika dahulu.

Nas Ahmad atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Ahmad yang berkongsi perkembangan terkini selepas didiagnos menghidap penyakit jantung dua tahun lalu itu mengakui merindui dunia penyiaran.

Meskipun berdepan ujian getir iaitu penyakit jantung yang membataskan pergerakannya, Nas Ahmad tetap seperti dahulu senyum menerima kunjungan tetamu.

Jelas Nas Ahmad, dia kini bergantung sumber pendapatan anak-anaknya, selepas tidak mampu bekerja berikutan masalah kesihatan yang dialami.

Tambah bekas wartawan itu lagi, orang mungkin menyangka apabila dia tampil dalam program TV, kehidupannya agak senang sedangkan hakikatnya berbeza.

Nas Ahmad yang kini dibantu Pusat Zakat Selangor untuk bayaran rumah bernilai RM800 itu memberitahu, dia sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan sten.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, tempoh menunggu yang agak lama menyebabkan bekas wartawan itu mengalami masalah kaki bengkak hingga susah solat.

Manakala, setiap minggu pula, Nas Ahmad berulang alik ke Hospital Serdang dan Sungai Buloh.

"Saya tidak mempunyai insuran, tak ada pekerjaan... tak mampu untuk buat rawatan di hospital swasta. Saya sedang menunggu giliran di hospital kerajaan. tak saya sangat faham pesakit ramai, dan hospital ketika ini penuh.

"Jadi bila tarikh saya akan jalani pembedahan itu, doktor sendiri belum berani nak janjikan bila... cuma bila doktor pesan kalau tak tahan terus ke kecemasan segera," tuturnya yang dipetik daripada laman sesawang Buletin TV3.

Sementara itu, keadaan kesihatan Nas Ahmad turut mendapat perhatian Persatuan Karyawan Malaysia.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, selaku wartawan, Nas berjasa kerana banyak memaparkan kesusahan artis.

"Siapa sahaja tak kenal Nas Ahmad, kami sentiasa ingat bagaimana prihatinnya dia terhadap industri ini.

"Dia banyak membantu menaikkan nama Persatuan juga, kini inilah masa kami mengenang jasa itu," ujarnya yang turut memberikan sumbangan bagi meringankan beban Nas Ahmad.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: