22 November 2023
"REZEKI ALLAH SWT BAGI" - UNGKU ISMAIL KONGSI KISAH LEPAS SEBULAN NIKAH, NAD ZAINAL BUNTING PELAMIN
Pelakon Ungku Ismail menerusi perkongsian di Insta Story, telah berkongsi pengalaman dimana isterinya yang juga pelakon, Nad Zainal bunting pelamin selepas sebulan mereka sah bergelar suami isteri.
Ungku berkongsi perkara tersebut selepas tertarik dengan kisah yang tular di media sosial, dimaan pasangan pengantin baru yang bunting pelamin selepas sebulan mendirikan rumah tangga dan disahkan hamil mencecah lima minggu.
"Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa pertama kali test kehamilan Nad pada awal bulan Februari, pada lusa pergi buat pemeriksaan sebab garisan semakin tebal.
Klik untuk gambar besar
"Pemeriksaan pertama tak ada apa cuma rahim mengembang. Pemeriksaan kedua dah nampak ada bulat hitam," tulisnya.
Tambahnya lagi, dia mengakui terkejut apabila usia kandungan Nad ketika itu sudah mencecah enam minggu, sedangkan mereka baru mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.
"Doktor kata tahniah, dah 6 minggu. Terkejut aku, 6 minggu apanya. Nikah baru sebulan lepas. 'Ya, kita kira ikut kitaran haid yang terakhir'. Makanya bukan tarikh nikah. Rezeki Allah SWT bagi.
"Tak sangka sebab Nad masa tu masih dalam kemoterapi dan heavy steroid medication," katanya yang turut menitipkan doa buat pasangan yang menantikan cahaya mata agar banyakkan bersabar serta berdoa kepada Allah.
"Doa saya juga kepada yang struggle menanti (cahaya mata), yang terbaik datang kepada mereka banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. ALLAH Maha Pemurah," tuturnya.
Untuk makluman, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki pada Oktober lalu.
Nad turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun, hasil perkahwinan terdahulu bersama Muhammad Faliq Amirudin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment