19 December 2023

'AALI MATEEN' - NAMA PILIHAN AYDA JEBAT & NABIL MAHIR UNTUK ANAK KEDUA



"Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.
"Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua."

Itulah tulis penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang berkongsi, dia dan suaminya, Nabil Mahir telah memilih nama 'Aali Mateen' untuk anak kedua mereka yang dilahirkan pada 12 Disember lalu.

Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian terbaharu tersebut yang dimuat naik di Instagram, Ayda berkata, dia dan suaminya itu mengambil waktu yang lama untuk memilih nama tersebut.

Bukan itu sahaja, Ayda yang berkongsi wajah comel anak lelaki ini di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya itu juga dilihat sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1000 pengikut.

Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Anak sulung pasangan ini merupakan anak perempuan diberi nama, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: