30 December 2023

AKSI ROMANTIS DIK£CAM - FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ PILIH BUAT TAK TAHU, KEGEMBIRAAN DIRI SENDIRI LAGI PENTING



"Kita buat apa yang kita hendak buat saja. Ini kerana kita tidak perlu ikut apa yang orang hendak cakap. Kadang-kadang jika kita buat baik pun orang tetap tidak suka atau memandang s£rong.
"Jadi, lebih baik buat apa saja yang kita suka. Apa pun, pokok pangkalnya adalah hati kita. Saya memilih untuk buat tidak tahu kerana kita tidak boleh menutup mulut orang. Malah, mereka juga berhak untuk berkata apa-apa.

"Sebagai manusia yang banyak kelemahan juga, kita hanya berdiam diri saja," ujar pelakon Fasha Sandha yang berkata, dia dan suaminya, pelakon Aidil Aziz memilih untuk buat tak tahu kerana yang penting adalah kegembiraan diri sendiri.

Klik untuk gambar besar
Fasha berkata demikian selepas aksi bermanja dan romantis bersama suaminya itu di media sosial mengundang kec@man neg@tif yang mendakwa ia boleh memberi pengaruh neg@tif kepada orang ramai terutama generasi muda.

Meninjau ke ruangan komen Instagram Fasha, rata-rata pengikut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pasangan selebriti itu, malah ada juga mengaitkan imej tudung labuh ibu Aidil.
Dalam pada itu, Fasha turut bersyukur, walaupun sering dik£cam di media sosial, namun keluarga lebih mengenali hati dan niat mereka.

"Tak apa, okay saja. Mereka percaya kita saja, jadi tak ada mas@lah. Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap dan berhak untuk memberikan pendapat masing-masing," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: