30 December 2023

SELAMAT BERSALIN - DAYAH BAKAR TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI



Menerusi muat naik terbaru di Instagram, pengacara Dayah Bakar, 34, telah berkongsi berita gembira dimana dirinya sudah selamat melahirkan anak kedua, semalam.
Melihat pada perkongsian tersebut, Dayah memaklumkan anak keduanya yang merupakan bayi lelaki itu dilahirkan pada jam 11:01 pagi di sebuah hospital swasta.

Dalam masa sama, personaliti TV3 ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan juga bayinya.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Dayah masih belum berkongsi wajah dan nama bayi keduanya yang diberi gelaran manja 'Baby Adik'.

"Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. 29/12/2023, dengan limpah kasih dan kebesaran Nya, baby adik telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat jam 11:01 pagi dan alhamdulillah kedua baby dan ibu dalam keadaan baik.

"Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Allah mampu membalasnya.
"We are overwhelmed with so much love, and so grateful for this rezq. Thank you ya Allah (kami terharu dengan kasih sayang yang tidak terhingga dan sangat bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ya Allah.

"P/s: Its another hero( Seorang lagi hero)," tulis Dayah yang mendirikan rumah tangga bersama Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.

Menerusi perkahwinan tersebut, Dayah dan suaminya itu sudah pun dikurniakan dua orang anak lelaki. Anak sulung pasangan ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: