20 December 2023

BEEGO KATA TIADA SESIAPA BOLEH PEC@HKAN KELUARGA MEREKA



"Bila rumah tangga kita dalam keadaan g0yah, satu akan pergi manakala satu lagi akan kekal. Waktu itu saya yang pergi dan Linda masih setia di situ.
"Linda minta saya kembali dan cakap sesuatu yang membuatkan saya tersedar untuk menyelamatkan rumah tangga. Ini bukan mengenai siapa salah atau siapa paling eg0. Kita hanya perlukan seorang untuk berkata sesuatu kepada pasangannya.

"Di akhirnya, yang akan melindungi keluarga kita hanya dua tangan kami sahaja. Tiada sesiapa boleh pec@hkan keluarga kami. Jika kami tidak lindungi, siapa lagi?"

Ujar pelakon Beego, 43, yang berkata, ujian yang menimpa rumah tangganya dan isteri, pelakon Linda Hashim, 39, menyedarkan mereka bahawa komunikasi yang jelas tanpa pend@m apa-apa adalah kunci pelindung hubungan mereka.

Pernah dih@mbat perceraian awal tahun ini, pasangan itu mengambil iktibar penting untuk sama-sama terus pertahan rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Beego tidak menafikan kurang mat@ng menangani kris1s dalaman begitu turut menjadi punc@ rumah tangga mereka goy@h.

Apapun, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dan Linda tetap bersyukur tidak hebahkannya kepada umum.

"Memang kami hanya diam-diam. Kami bukan berahsia cuma tidak suka menghebahkan. Orang dapat tahu pun apabila saya ada terserempak dengan Puteri Sarah semasa kesnya di mahkamah.

"Mungkin kami pun belum cukup mat@ng dan inilah fasa yang perlu saya hadapi. Kami berpisah pun bukan sebab kewangan atau orang ketiga. Ia hanya masalah komunikasi," tuturnya

Terdahulu, lasangan ini mengesahkan mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April lalu.

Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga bersama pada 7 Jun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: