20 December 2023

TERK£NA SER@NGAN ANGIN AHMAR - ESMA DANIEL NEKAD TINGGALKAN ROK0K, DEMI KESIHATAN



"Sebenarnya saya memang dikenali dengan gaya hidup aktif, tapi dalam masa yang sama saya juga merok0k dan ada mas@lah hip£rtensi. Jadi apabila perkara ini berlaku, walaupun kita aktif namun bila tidak dihindari, menyebabkan saya diserang str0k.
"Sekali gus memberi kesedaran kepada saya untuk meninggalkan tabiat merok0k. Saya boleh diser@ng str0k kali kedua kerana tabiat merok0k itu. Memang aj@l dan m@ut di tangan Tuhan, tapi kita harus berusaha lebih baik untuk menjaga kesihatan kita.

"Selepas terkena ser@ngan str0k itu, saya terus nekad untuk berhenti merok0k. Alhamdulillah, saya sudah sebulan lebih bebas daripada rok0k," demikian jelas pelakon Esma Daniel.

Terkena serangan angin ahmar atau str0k pada 11 November lalu, pelakon berusia 55 tahun itu mengambil pendekatan meninggalkan tabiat merok0k.

Dalam pada itu, Esma turut berkongsi, dia yang menjalani teknik 'tromb£ktomi endov@skular' iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di ot@k itu sudah lebih sebulan bebas daripada merok0k.

Sebelum ini, Esma terkena serangan angin ahmar sebaik larian rutin selepas makan malam bersama isterinya, Nur Atira Mazlan, 31, pada 10 November lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: