19 December 2023

KINI KRITIKAL - ISMA ALIFF DITIDURKAN



Selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru, artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff, 59, dilaporkan kini kritikal dan ditidurkan.
Menurut adik kepada Isma iaitu Shamsidah Ismail, 57, abangnya itu ditahan sebuah di hospital sejak Jumaat lalu kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala selain badannya kebas.

"Pada Jumaat lalu, abang (Isma) sakit kepala sewaktu menjaga ibu kami yang terlantar. Tangan dan kakinya juga kebas kemudian dia baring. Sebaik saya pulang ke rumah, kami bawa dia ke hospital dan dia ditahan.

"Abang tak pernah pula mengalami masalah itu sebelum ini tapi kebelakangan ini dia berjalan ke pagar rumah pun mengah. Ingatkan tak serius dan anggap perkara biasa di usia-usia macam ini," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Tambah Shamsidah, keadaan Isma agak lemah sewaktu dia melawatnya kelmarin dan kemudiannya pada semalam, dia dimaklumkan oleh doktor, abangnya perlu ditidurkan.

"Petang Ahad lalu saya ada melawatnya. Percakapan dia agak lemah. Malam tadi, tahap oksigennya mengurang dan doktor terus tidurkan kerana jantung bengkak dan paru-paru ada kuman disebabkan jangkitan selepas terkena strok," katanya.

Jelas Shamsidah lagi, dia sempat melawat Isma hari ini dan sebak melihat keadaan abangnya itu, selain berkata, dia dan keluarga cuma mampu berharap Isma akan mendapat kesembuhan secepatnya.

"Doktor pun cakap peluang sukar dijangka kalau sudah membabitkan serangan organ penting. Kita tunggulah dalam dua tiga hari kalau boleh buka tiub yang disambungkan kepadanya. Saya pun sudah beritahu keluarga.

"Sewaktu melawatnya tadi, saya sempat bercakap kepadanya, nampak mata dia berkelip dan ada air mata. Sedih juga kerana dia memang jenis ceria dan tak pernah menangis," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: