29 December 2023

BILA ZAIN SAIDIN AJAR ANAK PEREMPUANNYA, AAISYAH CARA SIANG IKAN



Suami kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu pelakon Zain Saidin baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian video dimana dia mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana cara menyiang ikan.
Menerusi video yang mendapat perhatian ramai itu, Aaisyah dilihat tidak kekok meskipun pertama kali menyiang ikan yang diajar oleh Mak Toknya tanpa menggunakan sarung tangan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain yang mengambil inisiatif mengajar anak perempuannya itu melakukan kerja rumah sejak dari kecil lagi dan dalam masa sama, melakukan aktiviti bermanfaat ketika cuti sekolah.

Dalam pada itu, Aaisyah juga menerima ucapan tahniah daripada netizen kerana berjaya menyiang ikan dengan betul, meskipun menahan rasa geli.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: