29 December 2023

TAMPIL DENGAN HOODIE & TOPI - APRENA MANROSE KATA DIA MANUSIA BIASA : "YANG TAK BAIK JANGANLAH ANDA IKUT"



Pelakon Aprena Manrose menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi gambar dirinya mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher.
Susulan perkongsian itu, tindakan Aprena dipersoal netizen apabila dia seolah memberi bayangan bahawa dia tidak akan lagi bertudung.

Dalam perkongsian lain, Aprena memberitahu, dia hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta menerima teguran dengan hati terbuka.

Klik untuk gambar besar
"Saya manusia biasa, yang baik silalah ikut dan yang tak baik daripada saya janganlah anda mengikut. Apa pun terima kasih kerana menyayangi seadanya, tegur kerana sayang," tulisnya.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Oktovia Manrose ini turut meminta pengikutnya untuk mengikuti sebuah program keagamaan yang akan disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Sebelum ini, Aprena menjelaskan, dia pernah terdetik untuk membuka tudung, namun dia sering mengingati pesanan bapanya yang juga penyanyi, Iwan Syahman dan sentiasa meminta bapanya itu untuk mendoakan buat dirinya

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: