29 December 2023
NAK BAIKI DIRI SEBELUM KAHWIN - NOKI K-CLIQUE BUANG RANTAI & GELANG
Penyanyi dan pelakon Noki K-Clique memaklumkan dia ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, selain mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga berada dalam industri seni.
Dalam pada itu, Noki yang memohon doa agar urusannya dipermudahkan itu berkongsi mengenai wanita yang berjaya menawan hatinya, dimana mereka serasi kerana berada dalam bidang yang sama, namun masih terlalu awal untuk perkenalkan kepada umum.
"Saya memang ada sasaran nak kahwin pada usia 25 tahun. Bila tengok kebanyakan kawan rapat termasuk anggota K-Clique berkeluarga, saya pun teringin nikmati bahagia macam mereka.
"Tapi sasaran dah terlepas, jadi saya tukar rancangan itu sebelum umur 35 tahun. Cuma, buat masa ini antara saya dan si dia baru saja berkenalan.
"Kalau nak kata ke fasa lebih serius itu memang ada kerana saya rancang berkahwin tahun depan, namun itu sekadar perancangan. Doakan kami.
Klik untuk gambar besar
"Dia juga orang seni, baru bina kerjaya sebagai pelakon. Kami sekepala dan mungkin kerana itu mudah serasi. Bukannya saya enggan memperkenalkan dirinya kepada umum, tetapi semua masih terlalu awal dan buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu," tuturnya.
Selain itu, Noki turut memberitahu, dia dalam proses memperbaiki diri serta mahu berubah ke arah lebih baik sebelum mendirikan rumah tangga.
"Bila ada niat mahu berkahwin, saya fikir diri saya juga kena diperbetulkan dari segenap aspek sebab nanti mahu jadi suami dan bapa yang terbaik untuk keluarga kecil saya.
"Sebelum ini saya ada terfikir, apa yang saya minta, semua Allah makbulkan, tetapi kenapa saya tidak boleh amalkan apa yang Allah suruh.
"Jadi hari demi hari saya berusaha untuk jadi individu lebih baik, Alhamdulillah saya sudah dapat jaga solat dan cuba sedikit demi sedikit ubah penampilan termasuk buang rantai dan gelang," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment