26 December 2023

DIKRIT1K NAMA SERING BOL0S SFMM & AJL - SHIHA ZIKIR SUDAH 'KEB@L', TERIMA DENGAN HATI TERBUKA



"Jujurnya saya ada terbaca komen-komen sebegitu (krit1kan) di aplikasi X sebab ada yang tunjuk pada saya. Tapi pada tahap sekarang ini saya semakin terbuka dengan komen orang.
"Saya bukan saban tahun sertai AJL, tapi kali pertama saya masuk pun sebab saya ganti Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan beberapa lagu saya sebelum ini hanya berjaya di peringkat separuh akhir saja.

"Kali pertama saya berjaya ke pentas AJL adalah menerusi lagu 'AEWO' dan kemudiannya lagu 'Irama'. Bukan seperti artis lain yang sudah banyak kali masuk dan menang. Saya tak menang pun, cuma 'Irama' menang Persembahan Terbaik di AJL37.

"Seterusnya individu itu cakap akaun Instagram (IG) saya megah dengan pengikut tapi 'engagement' kurang. Betul, saya tidak cakap dia salah.

"Cuma bila orang tanya perkara ini, saya tak boleh jawab sebab itu semua di luar kawalan. Saya tak pernah beli 'like'. Konsep saya dari dulu sampai sekarang, saya lebihkan kualiti dari kuantiti, bermaksud kalau saya di pentas, saya akan buat sehabis baik".

Itulah kata penyanyi Shiha Zikir yang mengaku semakin keb@l dalam mendepani krit1kan atau pers£psi neg@tif orang luar apabila namanya sering bol0s ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) sehingga berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Shiha yang tidak melatah dengan komen jah@t netizen yang memp£rtikaikan keupayaan suara serta lagu nyanyiannya itu memilih menerima setiap komen diberi dengan hati terbuka.

Shiha bagaimanapun tetap bersyukur apabila rezekinya dalam bidang seni sentiasa ada, biarpun dihamb@t dengan kata-kata neg@tif netizen.

"Alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada tanpa memerlukan saya buat sesuatu yang bukan diri saya. Saya tidak reka kontr0versi untuk menaikkan nama.

"Cuba tengok dari dulu sampai sekarang, saya tidak pernah buat kalau wujud pun saya selesaikan dengan cepat," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shiha turut berterima kasih kepada mereka yang memilih untuk menyokong semua artis secara positif dan tidak memandang neg@tif mengenai orang lain.

"Buat netizen, saya harap anda lakukan hantaran yang mampu didik orang berfikiran positif. Sokong semua orang, jangan p£rtikai kenapa artis itu boleh masuk SFMM seolah-olah tidak percaya pada rezeki.

"Adakah anda rasa lagu yang meletup saja layak masuk SFMM. Saya berterima kasih kepada SFMM sebab mereka pilih lagu yang layak dari peringkat pencalonan. Jadi saya percaya semua lagu masuk adalah lagu yang berkualiti tanpa memandang siapa artis itu.

"Itu yang kita mahukan dalam industri kita, di mana jangan sekali kita memandang benda viral sahaja yang layak. Jadi fikir dulu sebelum komen supaya negara lain boleh tengok peminat industri kita juga sangat menyokong," tuturnya.

Tambah penyanyi itu, dia sentiasa berlapang dada menerima komen ped@s netizen, namun berharap artis lain tidak menerima krit1kan sepertinya kerana tidak semua artis mempunyai kekuatan dari segi ment@l.

"Saya tidak ambil h@ti. Kalau dulu mungkin ya, tapi sekarang, saya nak kecil h@ti pun buat apa. Ikut hati rugilah. Saya hargai mereka yang undi lagu saya dari zaman lagu 'AEWO' lagi, termasuk lagu 'Tusuk' dan 'Kalam' yang berjaya ke SFMM38.

"Saya harap mereka tak buat pada artis lain sebab tidak semua orang ada ment@l yang kuat. Kalau orang itu sedih dan tertek@n, kasihan.

"Saya pun ada 'anxi£ty' sebelum ini, itu sebab saya cakap kalau dulu mungkin saya sedih. Cukuplah dulu saya terasa, sekarang cakaplah apa nak cakap, janji saya buat yang terbaik," jelasnya.

Sementara itu, Shiha juga meluahkan rasa syukur apabila lagu 'Kalam' ciptaan komposer muda Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves tersenarai antara 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada Mac tahun depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: