26 December 2023

MONA ALLEN & PEKIN IBRAHIM BAKAL TIMANG ANAK KEDUA TAHUN DEPAN



"Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan gembira dan teruja ini. Saya dan Mona mencapai kata sepakat untuk mengumumkan berita ini (hamil anak kedua) selepas kandungan sudah kuat.
"Saya sendiri tidak menyangka rezeki yang diberikan Allah SWT kerana mengambil masa empat tahun untuk mendapatkan Petra. Namun, perkara yang tidak sangka itu menjadikan berita ini lebih manis dan bermakna.

"Jadi, sebaik saja memasuki trimester kedua, barulah kami membuat pengumuman ini di media sosial. Semoga segala urusan Mona untuk melahirkan cahaya mata kedua itu nanti dipermudahkan."

Klik untuk gambar besar
Demikian ujar pelakon Pekin Ibrahim, 42, yang berkongsi keterujaan isterinya, pelakon Mona Allen kini hamil anak kedua dimana memasuki trimester kedua dan dijangka bersalin pada awal tahun depan.

Sebelum ini, Mona menerusi media sosial telah membuat pengumuman mengenai kehamilannya dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu.

Untuk makluman, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga bersama pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun, mereka dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: