26 December 2023

SUAMI KINI KRITIKAL DI ICU, TERPAKSA DITIDURKAN - AMYZA AZNAN MOHON DOA



"Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
"Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.

"Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.

"Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi," kata pelakon Amyza Aznan mengenai keadaan suaminya yang kini kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, di sini, selepas mengalami sesak nafas semalam.

Jelas Amyza, dia turut menandatangani surat kebenaran untuk suaminya menjalani dialisis selepas doktor mengesahkan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi.

Dalam pada itu, Amyza memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya supaya pulih seperti sediakala.

"Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh. Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini," tuturnya.

Pada Disember 2017 lalu, suami Amyza itu pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung.

Untuk makluman, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: