27 December 2023

KELIHATAN CERIA KETIKA DIKUNJUNGI - ISMA ALIFF SEMPAT BERGURAU, MESKIPUN BUTIR-BUTIR PERCAKAPAN SUKAR DIFAHAMI



Berikutan mereka terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff yang kini dirawat di Hospital Ampang, di sini, mungkin tidak akan dikunjungi anak-anaknya.
Perkara ini dijelaskan adiknya, Shamsidah Ismail, 57, kepada penyanyi dan pelakon, Rozita Rohaizad yang menghubunginya hari ini.

"Shamsidah beritahu berkenaan perkara ini ketika saya menghubunginya selepas saya dan Datuk Freddie Fernandez menziarahi Isma, hari ini.

"Bagaimanapun Shamsidah enggan mengulas lanjut serta masuk campur status terkini Isma dan isterinya," katanya.

Menerusi Harian Metro, Shamsidah sebelum ini memberitahu abangnya dirawat di hospital berkenaan tanpa ditemani sesiapa.

Dalam pada itu, Shamsidah turut menjelaskan sudah menghebahkan berita abangnya sakit kepada mereka serta menerusi media sosial.

Bukan itu sahaja, difahamkan anak Shamsidah ada menghubungi anak sulung Isma yang sudah berkeluarga tetapi panggilan telefon ditolak, sekaligus menyukarkan mereka untuk berkomunikasi mengenai perkara ini.

Sementara itu, Freddie yang juga Presiden Karyawan bersama Rozita selaku Ahli Jawatan Kuasa persatuan terbabit hadir melawat Isma yang dirawat di hospital itu sejak 16 hari lalu.

Bagi meringankan beban yang ditanggung Isma, Freddie yang memberikan kata-kata semangat ketika mengunjunginya telah menghulurkan sumbangan wang tunai dari tabung kebajikan Karyawan.

Kunjungi terbabit membuatkan pelakon filem 'Marah-Marah Sayang' ini kelihatan ceria, malah dia sempat bergurau dengan Freddie dan Rozita walaupun butir-butir percakapannya sukar difahami.

Pada masa sama, Isma terlebih dahulu diziarah oleh dua rakan sekolahnya dari peringkat sekolah rendah sehingga kini dikenali sebagai Jalil Bahari dan Sulaiman.

Kata Jalil, mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Gurney 2 pada 1971 dan kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Ampang, di sini.

"Waktu kami sampai, Isma sangat sedih dan menangis mungkin kerana terharu. Tapi keadaan dia nampak berbeza selepas dikunjungi Freddie.

"Selepas ini ramai lagi kawan-kami dari grup WhatsApp sekolah yang akan melawatnya," ujarnya.

Jelas Rozita lagi, dia turut memaklumkan Shamsidah memberitahunya dimana dalam masa terdekat, Isma dibenarkan keluar sekiranya sudah sembuh sepenuhnya.

"Itu semua bergantung kepada keputusan doktor. Dia turut menjelaskan sedang mencari jalan terbaik untuk menguruskan abangnya yang sakit dan emak mereka yang terlantar di rumah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: