05 December 2023

SALING BERMAAFAN, SITI NORDIANA & LIMA SEKAWAN AKHIRNYA BERDAMAI - KES SAM@N FITN@H RM2.5 JUTA SELESAI



Nampaknya kes penyanyi Siti Nordiana yang mengambil tindakan sam@n fitn@h RM2.5 juta terhadap lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad, akhirnya selesai apabila kesemua mereka saling bermaafan.
Berhubung hal tersebut, peguam mewakili Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, memberitahu, perbicaraan kes tersebut tidak diteruskan selepas perbincangan antara penyanyi itu dan lima defendan untuk menyelesaikan secara baik.

Persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan dan kedua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Klik untuk gambar besar
"Kami berharap agar persengk£taan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah p@hit yang tidak berulang lagi," katanya.

Ketika prosiding tersebut, lima sekawan itu telah membuat permohonan maaf serta memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Malah, Siti Nordiana turut membuat permohonan maaf kepada lima sekawan itu serta menyatakan telah memaafkan tindakan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: