05 December 2023

DALAM TEMPOH 10 TAHUN - MILA JIRIN SASAR BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN & PENDAPATAN RM1 JUTA



"Alhamdulillah, jika dihitung untuk semua 18 cawangan yang dimiliki Bizmilla Catering, pengeluaran zakat tahunan mencecah ratusan ribu, tapi tidaklah mencecah jutaan ringgit.
"Di Selangor saja sebanyak RM365,268.73. Kemudian saya juga membayar zakat di Pulau Pinang dan Johor untuk cawangan perniagaan di sana.

"Cuma sasaran saya untuk lima tahun akan datang ini adalah RM500,000 manakala dalam tempoh 10 tahun saya sasarkan RM1 juta untuk membayar zakat."

Ujar penyanyi dan usahawan, Mila Jirin yang mensasarkan untuk membayar zakat perniagaan dan pendapatan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kata Mila atau nama sebenarnya, Nursyamila Jirin, dia menyimpan keinginan itu selepas menyerahkan zakat sebanyak RM365,268.73 di Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui perniagaan yang diusahakan di Bizmilla Catering Sdn Bhd.

Menurut bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, sejumlah bayaran zakat yang dikeluarkan turut dibuat untuk membantu golongan sahabat artis terutamanya yang menghadapi kesempitan hidup menerusi konsep wakalah seterusnya menghayati hikmah berzakat.

Wakalah bermaksud pengeluar zakat dilantik sebagai wakil bagi pihak LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat.

"Program ini (wakalah) selaras dengan program dari poket selebriti kepada poket selebriti yang diadakan hari ini (baru-baru ini) dengan kehadiran 30 selebriti tanah air.

"Saya memanjat rasa syukur kerana Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi sesama rakan artis yang hadir," katanya pada majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham di sini, baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: