08 December 2023

TAHUN DEPAN - PUTERI SARAH MAHU LEBIH BANYAK BERDOA & KURANG BERCAKAP



Pelakon Puteri Sarah Liyana kini dilihat bahagia meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, selepas kontroversi rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof berakhir pada Ogos lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Puteri Sarah kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Dalam hantaran itu, Puteri Sarah memuat naik videonya sedang berjalan di Mekah serta menitipkan harapan pada tahun depan dia mahu lebih banyak berdoa dan kurang bercakap.

Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan pelakon itu dipermudahkan serta menemui kebahagiaan.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: