08 December 2023

KASIHAN TENGOK TOM ALAMI ALAHAN TERUK - FUAD RAHMAN TAK RANCANG TAMBAH ANAK



"Ini yang terakhir rasanya. Sebagai suami saya memang kasihan melihat keadaan dia tapi kami tak rancang untuk 'ikat' dan buat perancangan sendiri saja.
"Ragam Tom kali ini lain macam, emosi dia pun tak menentu. Adakalanya dia menangis dan mengamuk secara tiba-tiba. Sebagai suami saya memahami keadaan dia dan sentiasa cuba berada di sisinya."

Itulah kata penyanyi Fuad Rahman yang memberitahu, dia dan isterinya, Tom tidak merancang untuk menambah cahaya mata selepas menimang cahaya mata sulung mereka pada Februari tahun depan.

Jelas Fuad, dia kasihan melihat keadaan isterinya itu yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilan.

Dalam pada itu, Fuad yang bakal menimang cahaya mata perempuan ini berkata, dia teruja kerana sebelum ini tidak berpeluang menjaga anak hasil perkahwinannya terdahulu.

"Saya memang nak anak perempuan... Walaupun ada seorang anak perempuan tapi selepas dia dilahirkan saya tidak berpeluang menjaganya.

"Anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dibesarkan oleh bekas isteri, jadi apabila dimaklumkan kami bakal dapat anak perempuan semestinya saya teruja," ujarnya.

Untuk makluman, Fuad dan Tom yang sama-sama merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: