11 January 2024
10 TAHUN BERCINTA DENGAN DUDA ANAK DUA - ZARINA ZAINOORDIN ENGGAN LAGI BERCINTA DENGAN ORANG SENI, KINI PILIH YANG BERDUIT
"Saya memang dah tak nak (bercinta) dengan orang seni sebagaimana pengalaman dilalui sebelum ini, cukuplah. Sekarang, saya pilih yang berduit dan dia (kekasih) tahu mengenainya.
"Setakat ini, syukur juga apabila dia (kekasih) tidak pernah berkira dengan saya macam duit bulanan rumah. Tahu-tahu, dia dah tolong bayarkan dan saya amat berterima kasih kepadanya.
"Cuma, bagi soal jodoh dan perkahwinan, saya menyerahkan semuanya pada ketentuan takdir dan berdoa akan ada rezeki juga untuk kami hidup bersama sebagai suami isteri nanti.
"Kami sudah 10 tahun berkawan dan tak dinafikan hubungan (cinta) dengan dia paling lama dan bertahan sampai sekarang. Dia seorang yang memahami saya, terbuka dan mempunyai kewangan kukuh.
"Dia berasal dari Perak dan berusia 52 tahun yang berstatus duda dua anak. Dua anaknya itu masih bersekolah dan dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana menjalankan perniagaan sendiri."
Demikianlah kata penyanyi dan pelakon, Zarina Zainoordin, 40, yang mengakui, dia tidak lagi memilih untuk bercinta dengan orang seni kerana lebih memerlukan lelaki yang stabil kedudukan kewangannya.
Dalam pada itu, Zarina yang merupakan bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) pada 2004 ini menyerahkan urusan jodohnya pada ketentuan takdir walaupun sudah bercinta selama 10 tahun dengan kekasih yang juga ahli perniagaan berusia 52 tahun.
Kata Zarina, meskipun pernah beberapa kali mengalami putus cinta, dia bersyukur dan gembira hubungan bersama lelaki berstatus duda anak dua itu bertahan lama hingga kini.
Sementara itu, Zarina turut mengulas mengenai penerimaan keluarga apabila dirinya sehingga kini masih lagi belum berkahwin, dimana dia berkata, keluarga dan saudara maranya juga tidak pernah bertanya langsung soal jodoh.
"Alhamdulillah, walaupun saya dan dia (kekasih) sudah menjalin hubungan agak lama, namun kami memang tiada sebarang tekanan untuk segera menoktahkan percintaan ini dengan ikatan perkahwinan.
"Tapi, bukanlah kami tak nak berkahwin, namun macam yang saya kata, ia bergantung pada ketentuan Yang Esa. Keluarga pun tidak mendesak walaupun kalau ikutkan saya sebenarnya dah lama bersedia untuk berumah tangga," ujarnya.
Difahamkan, sebelum ini, Zarina pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain gitar pada 2010, namun hasrat itu akhirnya dibatalkan.
Malah, Zarina juga pernah bercinta dengan beberapa pelakon lelaki, namun hubungan tersebut terkandas di tengah jalan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment