17 January 2024

BILA FATHIA LATIFF KATA TUDUNG TAK WAJIB, TAPI TUTUP AURAT YANG WAJIB



"Okaylah saya jadi ustazah lah kejap. Tudung tu bukan wajib tapi tutup aurat tu wajib. Bak kata ustaz ni dia cakap nak pakai timba dekat kepala pun boleh."
Demikian kata pelakon Fathia Latiff yang menjawab mengenai penampilannya yang dilihat tidak bertudung sepenuhnya dan dilihat hanya memakai topi atau hoodie sahaja.

Ujar Fathia, pemakaian tudung bukanlah perkara yang wajib, sebaliknya menutup aurat adalah kewajipan bagi wanita Muslim.

Bukan itu sahaja, malah Fathia turut memetik kata-kata seorang ustaz, dimana beliau mengatakan wajib dalam menutup aurat dan jika mahu memakai timba di kepala, katanya pun boleh asalkan menutup aurat.

Sejak minggu lalu, nama Fathia Latiff hangat diperkatakan selepas dia mengatakan pelakon Zahirah MacWilson seperti bib1k serta mengakui masih berdendam terhadap bekas kekasihnya yang juga suami Zahirah iaitu Aiman Hakim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: