17 January 2024

SOAL PERANCANGAN ZURIAT - UQASHA SENROSE HAIRAN KENAPA ORANG LUAR BEGITU SIBUK



Sebelum ini, isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu pelakon Uqasha Senrose, pernah didakwa oleh netizen dimana dia dan adik-beradiknya sukar untuk mendapat zuriat.

Berhubung dakwaan itu, Uqasha berkata, dia rasa hairan kenapa orang luar begitu sibuk dengan perancangan zuriat keluarga mereka.

"Kalau nak ikutkan kami semua baru beberapa tahun berkahwin. Saya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose baru beberapa tahun melayari bahtera rumah tangga.

"Saya tak faham kenapa orang luar begitu sibuk dengan kehidupan peribadi kami. Mestilah masing-masing ada perancangan.

"Saya sendiri pun apabila dapat tahu sedang hamil, saya tidak terus hebahkan kepada orang luar sebab tak nak str£s.

"Bagi saya, soal jodoh, aj@l, m@ut dan rezeki ini pada Allah yang sudah aturkan apa terbaik untuk kita semua," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Uqasha juga memberitahu, keputusan untuk memaklumkan dia kini hamil anak pertama itu bukanlah untuk menunjvk-nunjvk, sebaliknya ingin menjawab segala pertanyaan pengikutnya di media sosial

"Sebelum ini boleh dikatakan setiap hari orang tanya adakah saya sedang hamil, tapi saya diam saja. Cuma pada fasa sekarang saya bersedia untuk kongsikan berita ini supaya orang dah tak tanya lagi.

"Ramai yang tanya kebersediaan saya untuk bergelar ibu tak lama lagi, tapi saya tiada jawapan untuk soalan itu," kata Uqasha yang mendedahkan dia kini sedang sarat hamil anak pertama, Sabtu lalu, dan dijangka bersalin pada tahun ini.

Untuk makluman, Uqasha yang sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali itu mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Difahamkan, keguguran kali pertama Uqasha ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: