17 January 2024

LANCAR PETISY£N - NETIZEN MAHU DJ LIN LETAK JAWATAN



Ketika ini, kecoh mengenai satu petisyen diwujudkan meminta agar Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin untuk meletak jawatan, selepas hampir seminggu isu Tyzo Xander hangat diperkatakan.

Difahamkan, petisy£n itu dibuat menerusi change.org dan dimulakan oleh individu menggunakan nama Mohd Faizal Legacy serta mengatakan bahawa DJ Lin tidak lagi relevan.

Melihat pada petisyen itu, ia turut dimaklumkan mengenai penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen tersebut menerusi sumber Laporan Penyiaran Malaysia.

"Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.

Klik untuk gambar besar

"Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

"Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya," tulisnya.

Terdahulu, berita mengenai bekas penyampai Suria FM iaitu Tyzo mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kontraknya sudah ditamatkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: