12 January 2024
DEMI ANAK - YASMIN HANI KEKAL HUBUNGAN BAIK & RAPAT DENGAN BEKAS SUAMI
Demi memastikan dua anak membesar dengan baik meskipun sudah bercerai, pengacara dan pelakon Yasmin Hani, 45, selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha'arin Razali.
Jelas Yasmin atau nama penuhnya, Yasmin Hani Ismail Richardson, hubungannya dengan bekas suami lebih rapat dan kerap berkomunikasi selepas berpisah kerana mahu memastikan anak-anak terus merasai kasih sayang ibu bapa.
"Sekarang, hubungan saya dan Sha'arin masih baik dan rapat. Malah, boleh dikatakan kami lebih banyak berborak bersama berbanding saya dengan Alif Hadi (kekasih) sendiri, terutama untuk mengatur pengurusan anak-anak ke sekolah.
"Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak menc@ci m@ki sesama sendiri walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Ini kerana, kami tidak mahu anak terkena tempias daripada perceraian yang berlaku," tuturnya.
Sementara itu, Yasmin berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka hubungan dijalin dengan bekas suaminya itu agak baik selepas bercerai. Yasmin dalam masa sama sentiasa mendoakan agar lelaki itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
"Saya pun tak sangka yang kami boleh jadi baik dan rapat selepas bercerai demi anak-anak. Dia (Sha'arin) banyak bantu dalam pengurusan anak-anak dan saya sentiasa mendoakannya agar dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki.
"Kami juga merancang membawa anak-anak bercuti di Bali, Indonesia pada Mac depan dan turut meraikan hari lahir Sha'arin di sana. Tidak hanya itu, kami turut mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.
"Sha'arin memang ada sebut nak membawa anak-anak untuk mengerjakan umrah bersama. Jadi, saya ada mengatakan padanya mahu ke Tanah Suci juga untuk tunai umrah buat pertama kali dengan menyertai mereka," katanya.
Ujar Yasmin lagi, hubungan baik dengan bekas suami turut meraih perhatian ramai wanita yang berhadapan mas@lah dengan pasangan, dimana mereka meminta nasihat daripadanya.
"Saya ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu meminta cerai dan sudah berpisah bagi mendapatkan nasihat menjaga hubungan baik demi anak mereka dengan bekas pasangan.
"Tapi, apa yang boleh saya kata, fikir panjang dulu sebelum buat keputusan bercerai dan jangan berebut anak," kata bekas pengacara program Muzik@Ria ini.
Untuk makluman, Yasmin dan Sha'arin yang juga bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu mendirikan rumah tangga pada 2015. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka sah bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, Yasmin dan Sha'arin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment