01 January 2024

DIRAWAT SEJAK ISNIN LALU - HASNUL DISYAKI HIDAP TIBI ATAU KANSER



"Doktor syak saya menghidap tibi atau kanser. Mereka juga nak pastikan keadaan fungsi buah pinggang dan hati saya sebab setakat ini, ia tak berfungsi sepenuhnya seperti biasa."
Demikian jelas penyanyi Hasnul, 53, yang memberitahu, doktor mengesyaki dia menghidap tibi atau kanser, selepas dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak Isnin lalu.

Tambah Hasnul atau nama penuhnya, Hasnul Hassan Ariff, keputusan ujian x-ray mendapati ada 'parut' bersaiz suku daripada paru-parunya yang terkesan, namun ia semakin mengecut.

Dalam pada itu, Hasnul juga sedang menunggu prosedur mengambil spesimen dari paru-parunya yang akan dilakukan hari ini.

"Esok (hari ini), doktor akan ambil spesimen untuk diuji. Dari situ, kita akan dapat tahu laporan penuh, apa penyakit yang saya alami sebenarnya. Saya berdoa agar semuanya membawa keputusan yang baik," katanya.

Sementara itu, Hasnul telah mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diterimanya daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) diketuai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez yang melawatnya kelmarin.

"Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi menyalurkan sumbangan," tutur penyanyi yang popular dengan lagu 'Laguku Untukmu' itu.

Berhubung sumbangan yang diberi, Freddie berkata, bantuan yang disalurkan Karyawan kepada golongan artis yang memerlukan itu akan menjadi bantuan yang berterusan.

"Kami wujudkan pelbagai usaha untuk mengumpul dana bagi tabung persatuan. Bulan hadapan, kami akan adakan pertandingan golf amal untuk selebriti.

"Kami akan cuba kutip sumbangan untuk diberikan kepada artis-artis yang memerlukan. Semakin meningkat usia, keadaan kesihatan mereka juga akan semakin terjejas dan memerlukan bantuan.

"Tahun ini saja, kita sudah bantu lebih 20 artis. Terima kasih kepada yang turut sudi membantu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: