Pada jam 6 petang, semalam, anggota Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.
Mengulas keadaan Hamdan, anak ketiganya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak sangka bapanya itu perlu ditidurkan kerana dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Kata Syazreen, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
"Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah," jelas Syazreen yang turut berkata, sebelum itu, bapanya mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
"Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini (semalam).
"Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam (kelmarin) dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
Klik untuk gambar besar
"Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan," katanya.Tambah Syazreen lagi, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Bagaimanapun, dia sekeluarga lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
"Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan. Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera," tuturnya.
Difahamkan, Hamdan berada di Johor Bahru sejak kelmarin kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment