12 January 2024

FATHIA LATIFF : "SAYA SUDAH 'MOVE ON', TAPI SAYA ADA DEND4M TERHADAPNYA"



Pelakon Fathia Latiff yang pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, sebelum hubungan mereka berakhir pada Disember 2015 itu mengaku masih menyimpan dend@m terhadap bekas kekasihnya itu.
Fathia atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, mengaku belum mampu meneruskan kehidupan selepas gag@l dalam percintaan dengan pelakon itu.

"Saya sudah 'move on' (meneruskan kehidupan), tapi saya ada dendam terhadapnya. Saya tidak mencintainya lagi, tetapi, saya ada dendam," katanya pada sesi podcast bersama seorang selebriti di Instagram, hari ini.

Dalam pada itu, Fathia turut menjelaskan sebab dia masih memuat naik foto bersama Aiman yang merupakan suami kepada pelakon Zahirah MacWilson, di media sosial.

Untuk makluman, Aiman menamatkan zaman bujang dengan menikahi Zahirah pada 20 Februari 2020.

"Dia seorang selebriti. Saya boleh muat naik apa saja yang saya suka. Dia selebriti dan 'public figure'. Ramai orang guna foto 'public figure' di seluruh dunia. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna?" katanya.

Dalam temubual tersebut, Fathia juga menjawab persoalan selebriti itu yang mendakwa tindakannya itu ada satu bentuk prov0kasi kerana mengg@nggu rumah tangga orang.

"Saya tidak tahu bagaimana tindakan itu mengganggu. Bagaimana pula awak tahu tindakan itu suatu provokasi?" ujarnya.

Bagaimanapun, selebriti itu sekadar menjawab Aiman yang juga merupakan bekas peserta Mentor musim ke-5 itu adalah suami orang.

Ujar Fathia, dia tidak menganggap foto dia dan suami Zahirah itu sebagai satu isu kerana lelaki itu pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kami bersama lima tahun. Saya fikir tidak salah muat naik sesuatu mengenai seseorang yang pernah berada dalam hati saya," tuturnya.

Sebelum ini, Fathia mendakwa Aiman masih menyimpan cinta terhadapnya sehingga ia mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Instagram, Fathia memuat naik foto bersama Aiman yang didakwa dirakam pada 2014 dengan keterangan gambar boleh mengund@ng kontr0versi dan kec@man.

Nama Fathia hangat diperkatakan selepas dia bertind@k menyamakan wajah Zahirah persis bib1k atau pemb@ntu rumah.

Fathia kemudiannya mendakwa dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016.

Selepas Zahirah, Fathia berg@duh pula dengan bekas kawan baiknya, pelakon Zarina Anjoulie yang kini saling membuka a1b masing-masing di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: