13 January 2024

TAK TERFIKIR INGIN BERHENTI, LAKONAN MINAT SEJAK DULU - ANNE NGASRI MOHON DIBERI PELUANG BERLAKON



"Walaupun saya sibuk dalam karier p0litik, tapi kalau ada peluang berlakon dengan watak yang sesuai serta lokasi pula di Kuala Lumpur, rasanya saya tiada masalah untuk menerima.
"Lakonan adalah hobi saya. Tapi, mungkin ramai yang ingat saya sekarang dah tak berlakon lagi sebab terlalu sibuk dalam p0litik.

"Namun, sebenarnya saya masih lagi berlakon dan tidaklah begitu kerap. Ikut kelapangan masa dan saya pun banyak terbabit dengan produksi keluarga saja sebab produksi lain tak panggil."

Demikian ujar pelakon yang kini aktif dalam politik, Datin Anne Ngasri, 40, yang mengakui masih mahu berlakon tetapi tiada produksi ingin memberi tawaran kepadanya, melainkan bekerja dengan produksi milik keluarga, NS Star Studio.

Tidak akan pernah terfikir ingin berhenti ataupun berundur sebagai pelakon, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkata, lakonan adalah minatnya sejak dulu.

Anne dalam masa sama turut menepis dakwaan kemungkinan dia tidak menerima tawaran berlakon daripada produksi lain kecuali milik keluarga disebabkan bayaran yang mahal. Jelasnya, dia tidak pernah bersikap 'demand'.

"Harga bayaran yang saya terima untuk tawaran berlakon tidaklah mahal dan tinggi pun, kalau nak dibandingkan dengan abang saya, Bell (Ngasri).

"Saya dan Darling (kakak), masih dengan harga lakonan yang sama, malah saya ada kala tak terima bayaran pun ketika berlakon dengan produksi keluarga.

"Saya buat (berlakon) sebab minat dan rindu. Saya pun tidak meletakkan sebarang syarat yang berat, selain lokasi biarlah dalam Kuala Lumpur. Jika di luar ibu kota, saya akan pertimbangkan dan tolonglah panggil saya berlakon kalau watak itu sesuai," katanya.

Anne yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Giat Mara sejak tahun lalu itu juga memberitahu, dia juga berasa kurang selesa untuk meninggalkan bidang seni begitu saja berikutan lahir dan dibesarkan dalam keluarga seni.

Terdahulu, Anne yang juga ibu kepada enam cahaya mata itu bertemu jodoh kali kedua dengan ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama, Anne dikurniakan tiga cahaya mata, begitu juga Mohd Sumali mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Anne yang mula berlakon pada usia kanak-kanak cukup popular dengan drama 'Cili Padi' di TV3 bersama pelakon Jaafar Onn, Melissa Saila dan Tam Suhaimi yang diingati ramai hingga kini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: