12 January 2024

TERB4BIT KEMAL4NGAN MOT0SIKAL - ISMAIL IZZANI CED£RA DI LUTUT & TAPAK TANGAN



Malang tak berbau... Itulah yang menimpa penyanyi dan pelakon Ismail Izzani, 23, yang terb@bit dalam kemal@ngan motosikal, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Ismail telah mengal@mi keced£raan di lutut dan tapak tangan selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh dipercayai akibat jalan licin.

Berhubung hal itu, pengurus Ismail yang dikenali sebagai Gizmo, meluahkan rasa syukur kerana penyanyi lagu 'Bidadari' itu tidak mengalami keced£raan serius.

"Alhamdulillah, syukur kerana dia tidak mengalami kecederaan serius, cuma lutut dan tapak tangan luka selepas terjatuh atas jalan tar.

"Saya difahamkan kejadian berlaku di sekitar ibu negara dan keadaan jalan pula basah yang mungkin mengakibatkan motosikal ditunggangnya tergelincir," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Ismail atau nama penuhnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, ada memuat naik beberapa gambar di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya dan motosikal ters@dai di tepi jalan.

Menerusi perkongsian tersebut, Ismail turut menunjukkan tapak tangannya yang berd@rah, manakala motosikal miliknya itu diangkut menggunakan lori tunda.

"Patah satu tumbuh tiga. Hidup 'rider'," tulis anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, secara ringkas.

Menurut pengurus Ismail lagi, pelakon drama 'Bukan Hanya Sekadar Cinta' itu sudah mendapatkan rawatan dan hanya perlu berehat di rumah untuk beberapa hari.

"Kebetulan Ismail tidak terikat dengan mana-mana persembahan atau komitmen lain dalam tempoh terdekat, jadi boleh rehat dulu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: