"Dari segi percintaan atau jodoh saya memang malas nak fikir, saya tak mencari pun, kalau ada, ada lah. Ada yang mendekati tapi saya tak berminat, kerana ia bukan fokus utama saya untuk tahun ini.
"Sebelum ini saya risau juga, umur saya makin meningkat, saya ingin juga berkeluarga dan ada anak tapi takpelah saya fokus kerja dulu."
Demikian jelas pelakon jelita Sophia Albarakbah yang menafikan dakwaan s£rik bercinta selepas hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr Doktor sudah pun berakhir.
Kata pelakon itu, tahun ini, fokusnya lebih kepada kerjayanya dan soal jodoh tidak terlalu penting baginya. Tambahnya lagi, ada lelaki cuba mendekati, namun dia tidak berminat
Dalam pada itu, Sophia berharap tahun ini dia tidak lagi terp@lit dengan sebarang kontr0versi serta mahu membuka buku baru sempena tahun 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment