27 January 2024
TIDAK M4LU JUAL NASI LEMAK & SANDWICH TEPI JALAN - PELAKON SITI FAZURINA RASA SERONOK, TERHARU SOKONGAN RAMAI
Pelakon Siti Fazurina yang sudah lama tidak dengar khabarnya itu difahamkan kini turut menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan.
Ujar Fazurina, dia tidak m@lu untuk berniaga di tepi jalan, sebaliknya lebih bersemangat untuk berniaga selepas menerima sokongan orang ramai.
"Mula-mula tidak dinafikan untuk berniaga di tepi jalan saya sendiri ris@u dengan pandangan yang akan diberikan masyarakat tapi ternyata ramai yang beri sokongan.
"Saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami. Dia yang banyak beri nasihat kepada saya untuk tidak fikirkan kata-kata orang.
"Saya pun terkejut dengan penerimaan positif orang ramai yang terus memberikan semangat dan suka melihat artis berniaga atas usaha sendiri," katanya.
Kongsi Fazurina lagi, selepas melihat tiada jualan sarapan pagi, dia yang mula mendapat idea untuk berniaga di kawasan kejiranannya di Bandar Utama.
Katanya, sambutan diterima memberansangkan, meskipun baru dua minggu menjalankan perniagaan menjual nasi lemak dan sandwich.
"Alhamdulillah selepas dua minggu berniaga, sambutan diterima sangat menggalakkan. Daripada sandwich terjual sehari dalam empat atau lima paket, sekarang bertambah hingga puluhan tempahan saya terima," tuturnya.
Dalam pada itu, mengenai kerjaya seni pula, Fazurina menjelaskan, dia sudah tidak lagi mengharapkan tawaran berlakon yang kini lebih utamakan bakat baru, selain menganggap zamannya sudah berlalu.
"Kalau nak mengharapkan tawaran berlakon saja, saya percaya yang kita tidak selamanya berada di atas. Mungkin bakat pelakon lama masih diperlukan cuma saya nasihatkan jangan terlalu beharap atau bergantung kepada bidang lakonan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment