06 February 2024
8 TAHUN BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT - APRENA MANROSE REDA, BERSERAH : "KALAU TIADA (ANAK) DI DUNIA, DAPAT DI AKHIRAT"
"Tahun ini saya mula kembali aktif dalam lakonan sebab sepanjang 2023 serta tahun sebelumnya saya sibuk dengan prosedur IVF sehingga perlu memperlahankan karier.
"Situaisi itu membuatkan orang fikir saya sudah tidak lagi mahu berlakon. Sebenarnya duduk rumah lagi str£s, jadi saya perlu bekerja. Tahun ini saya rasa tahun reda, berserah sahaja tidak mahu fikir.
"Kalau ada (anak), ada. Kalau tiada, tidak mengapa. Bagi saya, kalau tiada (anak) di dunia, dapat di akhirat.
"Nak str£s sangat pun sudah lapan tahun kami bersabar, jadi saya dan suami boleh tunggu lagi untuk beberapa tahun akan datang.
Itulah jelas pelakon Aprena Manrose yang mengambil pendekatan reda apabila belum dikurniakan zuriat selepas sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun begitu, Aprena berkata, dia tidak p£nat berusaha untuk dapatkan cahaya mata, selain memberitahu, tahun ini dia kembali aktif berlakon selepas dia memperlahankan karier tahun lalu kerana sibuk dengan rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
Sementara itu, pelakon ini turut berkata, tidak mengapa jika tidak dikurniakan cahaya mata di dunia dan dia serta suami, Afiq Hazman sedia menunggu untuk rezeki zuriat.
Dalam pada itu, tambah Aprena lagi, dia dan suami menunggu masa yang tepat untuk menjalani rawatan IVF sekali lagi dan belum memikirkan lagi soal mengambil anak angkat.
"Nak cuba sekali lagi kalau ada rezeki, tetapi semua atas keputusan suami kerana suami yang akan gerakkan semua sebab dia ada cakap nak buat IVF kali kedua.
"Cuma, andai masih belum ada rezeki selepas mencuba, mungkin kami akan pertimbangkan untuk ambil anak angkat.
"Sebelum ini, suami cakap tidak mahu ambil anak angkat. Dia bimbang sekiranya hamil anak sendiri, kami tidak boleh bahagikan kasih sayang," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment