06 February 2024

KONGSI FOTO DI MAHKAMAH - PERKONGSIAN DATIN RED C£TUS TANDA TANYA



"Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu itu pasti milikmu.
"Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadanya maka pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkan Alhamdulillah."

Demikian tulis madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Red menerusi laman sosial miliknya baru-baru ini.

Perkongsian Datin Red itu bagaimanapun telah menc£tuskan tanda tanya netizen apabila memuat naik gambar berada di sebuah mahkamah semalam.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada entri itu, Datin Red turut berkongsikan petikan bahawa dia percaya dengan takdir yang telah ditentukan serta menyerahkan segala urusan kepada Allah.

Dalam pada itu, Datin Red turut memberitahu, dia sudah merasai pelbagai ujian dalam hidupnya.

Malah katanya lagi, dia pernah berada di titik paling bawah, selain berdoa agar diberikan kebahagiaan.
"Ujian apa lagi belum aku rasakan ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku.

"Berada di titik paing bawah pun telah aku rasakan. Ya Allah bolehkah aku meminta bahagiaan kebahagiaan ku," kongsinya.

Untuk makluman, Datin Red merupakan isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.

Datuk Red kemudian berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand dan mereka mempunyai empat orang cahaya mata. Difahamkan, Adira dan suaminya itu kini dalam proses bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: