"Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya. Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih umum."
Ujar suami kepada penyanyi Mizz Nina, 44, iaitu Essam Muhammad, 31, yang menyarankan penyanyi Noh Salleh, 39, untuk berhubung secara langsung dengannya di Instagram selepas ini bagi sebarang urusan dan bukan kepada isterinya.
Dalam pada itu, Essam yang juga seorang penyanyi rap ini juga menegaskan nama sebenar anak angkatnya, Musa bukan seperti yang didedahkan vokalis kumpulan Hujan itu sebelum ini.
Terdahulu, Noh mendedahkan nama penuh anak angkatnya itu adalah Musa Mohammad Noh bin Abdullah dalam komennya bagi menjawab pertanyaan netizen.
"Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di Internet tempoh hari adalah tidak benar. Dia (Noh) sudah memberikan maklumat sal@h kepada semua.
"Namun, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum," katanya ketika ditemui pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Essam juga menjelaskan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, mempunyai dokumen hak penjagaan sah dan terkil@n bila Musa menjadi m@ngsa dalam k0nflik itu.
"Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Mizz Nina ingin menegaskan bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.
"Bukan itu saja, pihak defendan (Noh) malah mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa kepada umum menerusi sebuah kenyataan permohonan maaf.
"Tiada ibu kandung yang mahu satu Malaysia tahu bahawa dia sudah menyerahkan anaknya sendiri kepada orang lain. Perbuatannya sangat mem@lukan dan tidak ber£tika," tuturnya.
Tindakan Noh sebelum ini mendedahkan nama penuh Musa menarik perhatian dan menc£tuskan pertik@ian, dimana rata-rata netizen menyifatkan penyanyi itu tidak s£nsitif.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment