29 February 2024

"BILA MASA PULA SAYA KELUARKAN KENYATAAN (MARISSA TERK£NA BU4TAN ORANG) INI?" - ABBY ABADI



Pelakon Abby Abadi menerusi Insta Story telah tampil menjawab pertanyaan pengikutnya dimana dia menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai anak perempuannya, Marissa Dania Hakim terk£na bu@tan orang.

Dalam masa sama, Abby turut mempersoalkan tudvhan segelintir pihak yang boleh menimbulkan fitn@h terhadapnya.

"Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala deorang ni asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?" tulisnya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila Abby menerusi satu temu bual bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, mengatakan suami kepada Marissa iaitu Aslam tidak ada kemampuan untuk berp0ligami.

Malah, Abby juga mengatakan dia terk£jut dengan perubahan Marissa sehingga anaknya itu bukan seperti yang dikenali, meskipun dia dan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim sudah buat sehabis baik untuk anak mereka itu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: