29 February 2024
NOOR NABILA JELAS DIA TAK MASUK C4MPUR HUBUNGAN ANTARA SHARNAAZ & AMELIA CHRISTIE
"Bab 'percintaan' Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk c@mpur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melaw@n takdir kan.
"Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.
"Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia, walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.
"Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri."
Itulah kata usahawan, Noor Nabila, dimana kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu memberitahu, dia tidak masuk campur mengenai soal hubungan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon, Amelia Christie.
Jelas Nabila menerusi Harian Metro, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka dan sentiasa memberitahu Amelia bahawa dia dan anaknya, Jebat Jayden sentiasa ada bersamanya.
Dalam pada itu, mengenai hubungan rapatnya dengan Amelia, Nabila berkata, dia selesa berkawan dengannya dan dapat melihat keikhlasan pelakon itu serta memuji wanita tersebut seorang yang menghormati orang lain selain pandai membawa diri.
"Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.
"Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi 'travel' bersama baru kenal per@ngai orang.
"Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling, selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment