29 February 2024

DEDAH RAMAI LELAKI CUBA MENDEKATI - HIDAYAH AKUI MAHU FOKUS BESARKAN ANAK & PERNIAGAAN



"Sejujurnya memang ramai lelaki cuba mendekati saya, kebanyakan daripada mereka mengambil pendekatan DM saya dalam Instagram. Ada juga yang datang terus ke kedai membawa niat ingin berkenalan tetapi saya tidak layan, begitu juga dalam media sosial.
"Saya tidak berminat, biarlah sekarang saya fokus membesarkan Hamzah dan menguruskan bisnes terlebih dahulu," jelas balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah yang mendedahkan ramai lelaki menghantar mesej kepadanya di sosial media untuk berkenalan.

Hidayah yang sudah empat tahun bergelar ibu tunggal itu bagaimanapun berkata, dia tidak berminat kerana fokus utamanya ketika ini adalah untuk membesarkan anak lelaki kesayangannya, Syed Uthman Hamzah dan perniagaannya.

Tambah Hidayah lagi, arwah suaminya itu sentiasa dihatinya dan mengakui suk@r untuk digantikan dengan orang lain. Meskipun begitu, dia tidak menutup pintu hati, namun buat masa ini belum masanya lagi.

"Memang betul, Abam tetap dan selamanya di hati saya, suk@r untuk saya gantikan posisinya dengan orang lain sebagai suami buat masa ini. Saya cakap macam ini tidak bermaksud saya tutup terus pintu hati, saya terbuka cuma perkara itu akan tiba apabila sampai masanya.

"Jika suatu hari nanti jodoh saya tiba, tiada apa yang saya harapkan selain lelaki tersebut dapat terima status saya sebagai ibu tunggal, selain mampu menyayangi Hamzah seperti darah daging sendiri," katanya.

Untuk makluman, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: