08 February 2024

DAKWA NOH SALLEH PUT4R B£LIT KENYATAAN - IBU KANDUNG MUSA NAFI DIBAYAR



"Semua kenyataan dia (Noh Salleh) tidak benar dan saya diman1pulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa.
"Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara. Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berk@nun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sump@h.

"Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sump@h. Jadi SD itu tidak sah."

Demikian jelas Athira iaitu ibu kandung kepada Musa yang juga anak angkat aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, dimana dia menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam.

Ujar Athira, dia k£sal dan kec£wa dengan kenyataan put@r b£lit yang dikeluarkan oleh vokalis kumpulan Hujan itu, selain memberitahu, dia tidak pernah memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika ia di bawah penjagaan Mizz Nina.

Menurutnya, dia juga tidak tahu perancangan Noh atau nama penuhnya, Muhammad Noh Salleh, untuk mengambil Musa ketika ketiadaan Mizz Nina dalam negara pada 19 Disember tahun lalu.

"Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.

"Saya mula pelik apabila dia menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini," kata Athira yang mengenaskan sekali lagi, dia menyerahkan penjagaan Musa hanya kepada Mizz Nina sejak dari awal lagi.

"Dari awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sump@h. Nina adalah penjaga Musa yang sah," tuturnya yang turut k£sal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia meminta Noh membuat permohonan maaf pada 25 Januari lalu.

"Malah berkenaan gambar Musa dimuat naik di laman sosial, Noh tahu kami sudah berjanji untuk tidak mendedahkan wajahnya. Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham. Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Nina sebagai pempengaruh.

"Kemudian sekali lagi Noh mendedahkan nama penuh saya, sedangkan dia yang merancang semua ini. Saya g£ram dan berasakan diri ini seakan dipergunakan. Sekarang mangs@nya adalah saya.

"Dia seolah-olah berdend@m dengan saya apabila dia berbuat demikian, kalau dia betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah meny£kat nombor telefon saya," jelasnya.

Sementara itu, ibu kandung Musa turut menafikan dirinya dibayar oleh Mizz Nina, seperti yang didakwa dalam kalangan warganet. Jelas Athira, kenyataan diberikan hanya untuk menyatakan kebenaran.

"Saya tidak dibayar. Saya hanya mahu dia beritahu perkara yang betul, dari apa yang dia rancang sampai apa yang berlaku. Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan," katanya yang memohon Noh untuk tampil berkata perkara yang betul dan menjernihkan keadaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: