08 February 2024

"JIKA SATU HARI NANTI DIA NAK JADI PELAKON ATAU PENYANYI, SAYA & SUAMI SOKONG SAJA" - FAZURA TAK HALANG MINAT ANAK JIKA MAHU CEBURI BIDANG SENI



"Bidang seni ini agak sukar, saya agak risau juga kalau Fatima masuk bidang seni dan terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebagai selebriti.
"Tapi Fatima saya tengok seorang yang kuat dan rasanya dia boleh hadapi cuma bimbang saya boleh ke hadap kalau anak kena gosip dan dihentam.

"Terpulanglah, saya terbuka apa saja Fatima nak buat dalam hidup dia. Nampaklah ciri-ciri penghibur itu sudah ada dalam diri dia."

Klik untuk gambar besar
Itulah ujar pelakon dan usawahan Nur Fazura yang berkata, dia tidak kisah jika anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.

Jelas Fazura, meskipun anak kesayangannya baru berusia tiga tahun namun dia sudah mula mengesan bakatnya sebagai penghibur, malah katanya, Fatima seorang yang kuat.
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi, anaknya itu sudah mula berjin@k-jin@k dalam iklan dan dia melihat Fatima seorang yang natural di hadapan kamera.

"Sekarang ada sikit-sikit berlakon dalam iklan, dia seorang yang natural. Darah seni itu sudah ada dalam diri dia.

"Jika satu hari nanti dia nak jadi pelakon atau penyanyi, saya dan suami sokong saja. Mudah-mudahan saya dan Fattah diberikan kesihatan untuk bimbing dan sokong kariernya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: