10 February 2024
"MACAM MANA (BOLEH) KATA SAYA SURUH MEREKA BERCERAI PULA" - ABBY ABADI JELAS DIA TIDAK PERNAH MEMB£LA ATAU MEMEN4NGKAN ANAKNYA
"Mana datang kenyataan ini? Saya tak pernah mengiyakan mengenai pernikahan di Thailand itu. Macam mana (boleh) kata saya suruh mereka bercerai pula?"
Demikian tulis pelakon yang juga ibu kepada Marissa Dania iaitu Abby Abadi menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia menyelar tindakan beberapa port@l tidak bertanggungjawab yang mendakwa dia menyuruh anaknya bercerai.
Jelas Abby, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin pernikahan anaknya di Thailand yang tular baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Malah tambahnya lagi, sejak isu berkaitan anaknya timbul sebelum ini, dia tidak pernah memb£la atau memen@ngkan anaknya sejak isu berkaitan Marissa timbul sebelum ini.
"Kalau betul berlaku seperti yang digembar, Allah-lah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya," kata Abby.
Sebelum ini, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment