10 February 2024

MAHU GUNA 200 DR0N DI AJL38 - SHIHA ZIKIR AKUR HASRAT PAMER KEUNIKAN ITU TAK KESAMPAIAN



Nampaknya hasrat penyanyi Shiha Zikir yang yang merancang mahu menggunakan 200 dr0n yang diimport dari Australia dalam persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac ini, tidak kesampaian apabila tidak mendapat kelulusan dari pihak produksi.
Menurut Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 36, dia dan pasukannya mahu menonjolkan aksi unik dengan dr0n kerana konsep itu belum pernah dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Shiha, dia akur dengan keputusan produksi yang tidak membenarkan konsep persembahan dengan dr0n itu selepas lokasi acara kemuncak AJL38 didakwa kurang sesuai serta tidak mahu membah@yakan keselam@tan orang lain.

Jelas pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL37 itu lagi, jika nak diikutkan pihak produksi juga menyukai konsep dr0n terbabit.

"Anggap saja ini ujian kecil sekali gus semakin menguatkan semangat saya dan 'team' (pasukan). Saya juga sudah menempah peralatan berkenaan tetapi konsep itu tidak dapat direalisasikan atas fakt0r keselam@tan.

"Saya akur dengan keputusan produksi kerana paling penting adalah keselam@tan penonton kerana penggunaan dr0n sebanyak itu perlukan pelar@san betul bimb@ng terj@tuh atas penonton di stadium nanti," ujarnya.

Namun begitu, Shiha berkata, dia tetap tidak berputus asa untuk memberikan konsep persembahan yang ada kelainan pada malam kemuncak AJL38 nanti.

Shiha mempertaruhkan lagu 'Kalam' yang juga sentuhannya bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves pada malam kemuncak edisi ke-38 berkenaan.

"Saya dan pasukan kini memerah idea untuk mencari konsep baharu untuk memberikan yang terbaik dalam persembahan pada malam kemuncak AJL38 nanti," katanya.

Terdahulu, konsep persembahan Shiha pada penganjuran AJL37 menerusi lagu 'Irama' dinobatkan Persembahan Terbaik, sekali gus menjadi sebutan sehingga ke luar negara termasuk mencuri perhatian peminat di Indonesia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: