08 February 2024

MARISSA DANIA KINI BERMADU, NIKAH SENYAP-SENYAP DENGAN ASLAM DI THAILAND?



Nama anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, sekali lagi hangat diperkatakan selepas kali ini, dia didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Menerusi sumber di Harian Metro, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki itu dan keluarga Marissa.

"Mereka berkahwin ketika Misya (isteri Aslam) pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan," kata sumber itu.

Kata sumber itu lagi, kedua mereka kembali menjalin hubungan selepas kontr0versi reda dan Aslam mengambil keputusan rujuk semula dengan isterinya.

Berhubung dakwaan itu, Norman dan Abby telah dihubungi bagi mendapatkan pengesahan, namun tidak berjaya apabila mereka tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, pada September tahun lalu, tular apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai, namun pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah.

Dalam pada itu, isteri Aslam mendakwa anak kepada kedua pelakon itu menjadi punca rumah tangga musn@h. Malah, Misya turut berkongsi bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: