25 February 2024

PELAKON AFIFAH NASIR SELAMAT BERTUNANG DENGAN SYED HARIZ



Adik kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu pelakon Afifah Nasir telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Syed Hariz, semalam.

Pertunangan Afifah disahkan oleh Anzalna dimana dia turut berkongsi, majlis tersebut yang berlangsung secara tertutup di rumah keluarganya di Kemensah, Hulu Kelang, Selangor kira-kira jam 8 malam itu dihadiri kedua-dua belah keluarga.

"Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar semalam. Insya-Allah mereka sudah merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas ini.

"Kami satu keluarga menyukai keperibadian Hariz yang sangat 'gentleman' dan berbudi bahasa. Malah sikapnya sama seperti suami saya yang sopan-santun.

Klik untuk gambar besar

"Semoga adik saya dipertemukan dengan insan yang tepat, sama seperti apa yang saya miliki sekarang," kata Anzalna.

Menerusi hantaran di media sosial semalam, Afifah dilihat memuat naik beberapa gambar dilamar kekasihnya di sayap sebuah pesawat ringan apabila menerima sebentuk cincin dan sejambak bunga.

Pada perkongsian itu, Afifah menulis ucapan istimewa dipercayai ayat lamaran diberi Syed kepadanya.
"Afifah, sudikah awak menjadi Mrs Hariz tahun ini," tulis Afifah yang turut menyertakan tanda pagar yang menggabung nama mereka iaitu 'AfifahSyedYES'

Sebelum ini media cuba menghubungi Afifah bagi mendapatkan komen lanjut mengenai majlis pertunangan dan foto lamaran yang dikongsikannya di media sosial, namun panggilan telefon dan WhatsApp tiada balasan.

Terdahulu, kisah Afifah dan Syed pernah menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat memakai busana rona sama warna ketika menghadiri sebuah majlis keluarga.

Bagaimanapun, Afifah dilaporkan menafikan sudah bertunang, selain enggan mengulas lanjut kisah hubungan mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: