Pelakon Shakilla Khoriri menerusi perkongsian terbaru di Instagram miliknya telah memuat naik wajah suaminya dikenali sebagai Fariz Zulkepley untum tatapan umum.
Perkongsian Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, itu sekaligus mengesahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka tersebut dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Dalam pada itu, Shakilla menjelaskan, majlis perkahwinan keduanya ini diadakan secara tertutup atas permintaan dan persetujuan kedua-dua belah keluarga.
"Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
Klik untuk gambar besar
"Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam keluarga kecil kami. Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah SWT untuk saya menjaga dua orang ini. Doakan saya dan perjalanan baru ini lebih baik untuk kami bertiga.
"Doakan saya menjadi umi, isteri yang baik, kuat dan sihat untuk menjaga mereka serta bahagiakan mereka selagi Tuhan pinjamkan hayat saya atas dunia ini. Terima kasih mak abah, Ameena Sofia dan Allah," katanya.
Sementara itu, menerusi Insta Story pula, Shakilla tampil meluahkan kek£salan dengan tindakan segelintir pihak yang memboc0rkan berita pernikahannya semalam.
Tegas Shakilla, majlis pernikahan itu bukan sengaja dirahsiakan olehnya, sebaliknya memberitahu, dia menunggu masa sesuai untuk berkongsi kepada umum.
"Assalamualaikum kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai. Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respons berkenaan pernikahan saya.
"Saya sendiri kur@ng sel£sa apabila majlis ini 'dicer0boh' orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung," ujarnya.
Shakilla yang popular menerusi drama 'Adam Dan Hawa' itu menjelaskan, dia memilih merahsiakan hari bahagia kepada umum kerana ingin menjaga hati kedua belah pihak keluarga.
"Saya akan kongsi, jawab dan bagi kerjasama tetapi beri kami ruang serta masa. Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.
"Meskipun dia orang yang paling teruja dan gembira tetapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini padanya. Dia tetap keutamaan saya dalam ada pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya," katanya.
Untuk makluman, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018, sebelum mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment