25 February 2024

ASLAM ENGGAN ULAS LANJUT ISU KAHWIN DENGAN MARISSA DANIA, SEBALIKNYA MAHU DIBERI RUANG



"Saya minta mana-mana pihak media untuk beri ruang kepada kami," kata suami kepada pemp£ngaruh Marissa Dania Hakim iaitu Aslam yang akhirnya berjaya dijej@ki, selepas hampir dua minggu berdiam diri.
Aslam yang enggan memberikan kerjasama kepada media itu memohon ruang untuk mendamaikan mas@lah yang berlaku.

Sementara itu, ditanya pula mengenai dakwaan sudah bernikah dengan Marissa, Aslam bagaimanapun enggan mengulas lanjut : "Saya tiada komen (sudah berkahwin dengan Marissa)," tuturnya.

Dalam masa sama, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan ketika ditemui media juga enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Terdahulu, nama Marissa kembali hangat selepas didakwa berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

Difahamkan, lelaki itu adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan Marissa pada tahun lalu mengenai hubungan sul1t mereka.

Bukan itu sahaja, pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Malah, pernikahan terbabit juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Dalam pada itu, kakak ipar Aslam dikenali sebagai Nadiah telah tampil mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan anak perempuannya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: