02 February 2024
SHUHADA TITIP PESANAN UNTUK ANAK-ANAK BUAT NETIZEN SEBAK
"Umar... Humairah... kita ade tiga orang aje, apa pun jadi kita kena help each other, ape pun jadi kita kena protect each other, sebab Allah nak kita sama sama masuk syurga nak jumpa Uwais nanti kan.
"Humairah, teman abang Umar cuba nak biasakan diri ke school, whatever it is, kakak akan sentiasa pegang tangan abang, jalan sama sama,jatuh sama sama, bangun sama sama, sedih sama sama, gaduh sama sama.
"Semoga Allah sentiasa lindungi both of you wahai my nyawa, ibu sayang sangat sangat abang and kakak kerana Allah SWT."
Klik untuk gambar besar
Demikian tulis bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di laman Instagram miliknya, dimana dia menitipkan buat kedua anak-anaknya itu, selain mengingatkan mereka untuk saling melindungi satu sama lain.
Pengkongsian Shuhada yang turut memuat naik gambar momen bersama kedua-dua anaknya, Umar dan Humairah, itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta mendoakan agar urusan ibu dan anak ini dipermudahkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment