01 February 2024

10 TAHUN TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN MENTUA - MARSHA MILAN AKUI SELESA, LUAH RASA SYUKUR : "JANGAN SESEKALI FIKIR NEG4TIF"



Penyanyi dan pelakon Marsha Milan yang sudah 10 tahun tinggal sebumbung dengan mentua itu meluahkan rasa syukur rezekinya dikurniakan ibu mentua yang baik dan memahami.
Akui Marsha, pada awalnya rasa kek0k, namun sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mencipta persekitaran p0sitif demi hubungan yang harmoni.

"Pada awalnya memang kek0k, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda p0sitif, jangan sesekali fikir nega@tif.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menang@ni setiap situasi.

"Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Marsha meluahkan rasa syukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya dan dia tidak pernah terlintas untuk duduk berasingan, meskipun sudah 10 tahun duduk bersama.

Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: