07 March 2024
AL-FATIHAH - MIJI CROM0K DIJEMPUT ILAHI
Pada jam 10.40 malam tadi di Kelantan, bekas pemain dram kumpulan thr@sh met@l popular, Cromok iaitu Miji, 58, atau nama sebenarnya, Tarmizi Mokhtar, dilaporkan telah meninggal dunia selepas disahkan menghid@p kans£r hati tahap empat.
Khabar sedih ini dikongsikan oleh pemain gitar Crom0k, Karl menerusi Facebook tengah malam tadi.
"Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu bahawa Tarmizi Mokhtar (Miji Crom0k) telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2024 jam 10.40 malam.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarganya di masa kesedihan ini.
"Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda," kata Karl yang turut memaklumkan, jenazah Allahyarham dibawa di kediamannya di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan.
Jelasnya, jenazah Miji akan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas.
"Pada yang berkesempatan kami berharap agar dapat menyertai perjalanan terakhir ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah," tuturnya.
Pada Ahad lalu, Karl memaklumkan, Miji sedang dirawat di hospital akib@t kans£r hati tahap empat.
Jelasnya, dia ada menghubungi Miji, Jumaat lalu dan mendapati suara rakannya itu menggambarkan pend£ritaan yang dihad@pinya. Malah kata Karl lagi, dia turut merancang untuk menziarahi Miji, minggu ini.
Sekitar Oktober lalu, ketika Konsert Ulang Tahun ke-30 Cromok - Forever In Time di Zepp Kuala Lumpur, mereka mengumumkan pengunduran Miji daripada Cromok akib@t mas@lah kesihatan.
Miji turut hadir ke konsert terbabit bagi memberi sokongan terhadap rakan seperjuangannya itu.
Untuk makluman, Miji dan Karl adalah anggota asal Crom0k yang menubuhkan kumpulan itu bersama Sam (penyanyi, bass) dan Din (gitar, penyanyi) ketika mereka menuntut di Sydney, Australia pada 1987.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment