07 March 2024
KENJI SAWAHI JELAS DIA MASIH BUJANG LAPUK - BERSYUKUR MASIH DIBERI KESIHATAN YANG BAIK & REZEKI
"Saya masih lagi bujang lapuk. Tapi, masa umur saya 30 tahun hingga mencecah 40 lebih, mereka (keluarga) mesti tanya bila nak kahwin, dah semakin tua dan tak jadi-jadi (kahwin).
"Bagaimanapun, selepas itu sampai ke hari ini mereka dah seny@p, dah seg@n. Sebab dah bertahun-tahun cakap dan jodoh saya masih tak ada. Jadi, tak boleh nak buat apalah.
"Kalau jodoh sampai nanti, sampailah," tutur pelakon senior, Kenji Sawahi, 61, yang memberitahu, dia tidak lagi begitu memikirkan soal jodoh apabila sehingga kini masih hidup membujang dan keluarga sudah memahami serta dapat menerimanya.
Menurut Kenji atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah, kalau dulu ketika dia dalam usia antara 30-an dan 40-an, ahli keluarga suka bertanya bila nak kahwin dan mendes@k agar segera mencari jodoh.
Akui Kenji, dia sendiri selesa menjalani kehidupan bujang pada usia emasnya, dimana kini dia menyifatkan amat bersyukur apabila Tuhan masih memberikan dia kesihatan yang baik dan rezeki dalam lakonan tidak putus-putus.
"Walaupun saya sekarang dah vet£ran dan warga emas, tapi syukur masih sihat, tampil seg@k dan boleh lagi bekerja. Itu yang penting, ditambah saya pun kurang suka kalau dipanggil lelaki tua gara-gara sudah warga emas.
"Apapun, saya sebenarnya rasa amat beruntung kerana masih ada 'job' (kerja) berlakon dan aktif dalam karier seni. Saya memang komit£d pada kerjaya ini (lakonan) dan amat menjaga disiplin diri juga," katanya.
Baru-baru ini, Kenji menjadi perhatian dengan watak Latiff iaitu seorang peguam syarie dalam drama 'Layang Layang Perkahwinan' arahan Eyra Rahman yang juga menggandingkannya selaku anak-beranak dengan Keith Foo sebagai Ammar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment