06 March 2024
AMAN GRASEKA : "DEMI ALLAH SAYA TAK PERNAH MINTA DUIT DARIPADA SESIAPA..."
Pelakon Aman Graseka akhirnya tampil bersuara dimana dia menafikan dakwaan dia sering meminta bantuan kewangan daripada rakan artis, baru-baru ini.
Menjelaskan perkara sebenar, Aman atau nama sebenarnya, Aman Shah Baharom Shah, berkata, dia bukanlah seperti individu yang didakwa ramai dan ia adalah satu fitn@h besar buatnya dan isterinya, Reena Arina.
"Demi Allah saya tak pernah minta duit daripada sesiapa kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat yang saya kenal rapat, tapi itupun menggunakan akaun bank lain.
"Sebelum semua ini viral, ada pihak kata saya sudah dua tahun minta bantuan, tapi saya tak pernah hubungi Sharifah Shahirah (Shiera) dan tiada nombor telefonnya.
"Jadi macam mana boleh tudvh saya hubunginya, sedangkan saya tiada nombor dia? Mahu dijadikan cerita, pelakon Aedy Ashraf hubungi saya, bertanya sama ada saya memerlukan bantuan. Saya tolak sebab okay sahaja tinggal di Kedah ini.
"Dari situ, Aedy maklumkan ada orang gunakan nama, nombor telefon dan akaun bank saya. Mujurlah Aedy bijak terus hubungi saya dan tanya kenapa rakan lain tak hubungi saya sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Aman yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Reena pada 2018 itu memberitahu, dia terus ke bank untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang terjadi.
"Saya cakap kepada Aedy semua ini tipu dan selepas isu tular saya terus ke bank. Bila pergi ke bank, pengeluaran duit ada, tapi duitnya tiada. Saya minta bank cetak senarai pemberi bantuan dan mereka maklumkan duit diterima 'flo@ting'.
"Saya pun tak faham sal@h siapa kerana akaun bank ini saya khaskan untuk bantuan seperti BRIM," ujar Aman yang turut berkata, ia kemungkinan kegiatan 'sc@mmer', namun yang mendapat ba@na adalah dirinya dan isteri.
Tambahnya, sehingga kini, ramai memandang s£rong kepadanya dan isteri hanya kerana sal@h faham.
"Kami kena 'sc@m', tapi orang tak percaya, tak mengapalah. Saya juga buat laporan polis. Polis pun p£lik ke mana duit ini pergi. Ada pihak mempersoalkan kenapa saya tak tampil buat penjelasan ketika itu.
"Kalau keluarkan cerita, ia akan berpanjangan dan bila begitu, mangs@nya adalah kami. Tidakkah terfikir, kalau dalam masa dua tahun saya minta bantuan mungkin sudah dapat ratusan ribu, jadi buat apa saya minta lagi? Saya bukannya bod0h.
"Tapi mas@lahnya sekarang saya tidak dapat duit satu sen pun dan nama pula jadi burvk. Saya pergi mana-mana, orang pandang saya buruk.
"Tak mengapa, saya sudah tua, tapi adakah terfikir bila orang cakap kepada anak-anak saya. Saya bersumpah, tak terima duit yang disalurkan dalam akaun kecuali saya minta sendiri daripada rakan-rakan terdekat dan itu pun menerusi akaun lain," tutur Aman yang menjelaskan, dia berniaga, justeru mengapa perlu men@gih duit daripada orang lain.
"Sejak fasa Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP), saya berniaga dan kadang kala saya hantar sampai ke Kuala Lumpur, tapi selepas perkara ini terjadi, ramai pelanggan tak sokong lagi.
"Ada juga teman artis yang saya rapat, tetapi s£kat nombor telefon selepas isu ini viral. Ada juga yang bercakap burvk soal kami. Saya kasihan pada Reena sebab kadang-kadang dim@ki depan-depan.
"Kami bagaikan sudah tiada m@ruah kerana dic@ci, tetapi mereka tak tahu keadaan sebenarnya. Lebih t£ruk keluarga juga bu@ng kami. Kalau minta, saya tak m@lu nak cakap sebab hidup seperti r0da, ada kala di atas, kadang-kadang di bawah," ujarnya.
Terdahulu, Aman dan Reena tular berikutan dakwaan sering meminta bantuan kewangan kepada rakan-rakan artis. Ia selepas penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera pernah memuat naik dalam laman sosial Instagram berhubung Aman yang memerlukan bantuan kewangan.
Kata Shiera, dia sendiri menerima mesej Aman memohon bantuan kewangan daripadanya. Justeru itu, Shiera minta bantuan rakyat Malaysia agar pelakon senior itu tidak perlu lagi meminta wang daripada rakan selebriti.
Bagaimanapun, ramai rakan artis dan pengikut menyuarakan kebimb@ngan atas kes@hihan kesuk@ran hidup dihad@pi Aman.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment